Monday, October 12, 2009

Rahsia Kekayaan : 12 Prinsip Jutawan

Ramai orang yang tidak perasan bahawa orang kaya tidak seperti orang biasa.
.
Mereka mempunyai prinsip hidup yang mudah tetapi sukar dicapai oleh orangbiasa. Mereka sanggup bersusah susah dahulu sebelum mencapai kesenangan padamasa akan datang.
.
Mereka merupakan seorang yang penjimat dan suka menyimpan. Kebanyakan daripada mereka mempunyai matlamat yang jelas; mereka tahu dengan tepat berapa banyak yang mereka mahukan dan berapa lama ianya boleh dicapai. Orang kaya tahu RM1000 yang disimpan pada hari ini boleh membesar sepanjang hidup mereka.
.
Di sini kami membongkar 12 prinsip jutawan yang boleh anda ikut:
.
1 Mereka rancangkan kejayaan mereka
Mereka menyematkan matlamat berapakah pendapatan yang diperlukan, mereka tahu berapa banyak yang perlu disimpan di bank setiap tahun, dan mereka tahu berapa banyak modal yang diperlukan untuk persaraan.
.
Adalah satu kemestian bahawa jumlah tersebut ditulis dengan jelas, kerana ia menjadi asas untuk tindakan. Dengan memberi tumpuan kepada matlamat sekarang tidak akan menjejaskan jika terdapat sebarang halangan.
.
2 Mereka merancang dan bertindak
Mereka membuat satu simpanan tetap danterus menyimpan setiap bulan tanpa henti.
.
3 Orang kaya mempunyai disiplin
Mereka bertindak mengikut rancangan matlamatdan mengelakkan mengambil wang dari simpanan persaraan. Mereka tahu mengambilwang dari simpanan persaraan seperti “mencuri” daripada masa depan mereka.
.
4 Mereka membuat perlindungan daripada bencana
Ini bermakna mereka mengambilinsuran untuk melindungi diri daripada kehilangan aset penting seperti rumahatau kereta. Mereka juga mengambil insuran perlindungan diri sebagai persediaanjika terjadi sebarang bencana keatas diri sendiri.
.
5 Mereka cuba mengelakkan hutang
Seorang pengurus kewangan yang bijak cubauntuk mengelakkan hutang dan membayar dengan lebih awal jika boleh.
.
6 Mereka menjadikan pendapatan sementara kepada tetap dengan menyimpan dengan bijak.
.
7 Mereka berjimat keatas setiap ringgit yang dibelanjakan.
.
8 Mereka benci berbelanja.
.
9 Mereka sukakan menyimpan
Mereka tahu setiap wang yang disimpan akanmemberikan hasil yang lumayan pada masa depan.

10 Mereka terus belajar daripada guru-guru yang sudah berjaya, oleh itu mereka akan lebih berjaya.
.
11 Mereka mempunyai sikap positif tentang wang
Mereka bukan seorang yang tamak atau menjadi hamba kepada duit sehingga melupakan tanggungjawab kepada Tuhan.
.
12 Mereka selalu mencari peluang untuk membuat wang dan menyimpan sebanyak yang boleh.
.
Jumpa lagi dengan rahsia kekayaan yang lain!
.
Demi Kejayaan Anda,

No comments: